Sunday, March 6, 2011

Jangan Bersedih . Allah bersamamu

Adakah kamu sedang bersedih? Adakah kesedihan itu suatu yang terlampau berat sehingga kamu tak mampu nak lihat nikmat yg diberi Allah selama hidup ini? Berapa banyak manusia yg bersyukur dan memerhatikan nikmat yg diberi Allah setiap hari berbanding mereka yg mengeluh kerana ditimpakan ujian? Berapa ramai yg lebih tahu erti kesabaran dalam hidup? Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!



RENUNGKANLAH...ADAKAH KITA TAHU APA MAKSUD KETENANGAN ?  Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..Tengok Video Tuh..Muhasabah Kembali...


  • Kunci syurga adalah لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله tetapi bukan mudah untuk menyebutkan ia ketika sakaratulmaut...
  • Semua masjid dan surau mesti menguatkuasakan perintah larangan masuk terhadap sesiapa sahaja yg tidak menutup aurat di dalam kawasan masjid kerana jika mereka membiarkan sahaja golongan ini masuk seolah-olah mereka mempersetujui kemungkaran dilakukan di rumah Allah.. Kena ada pegawai dan pengawal yg menjaga perkara sebegini.
  • Jika Allah nak beri kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh ditahan dengan apa2 tangan sekalipun.. Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh dihulur oleh ape2 tangan sekalipun..
  • Perumpamaan antara orang yg derhaka kepada Allah dan orang yg taat pada Allah ialah seperti peristiwa di mana Iblis tidak mahu sujud kepada Nabi Adam dan para Malaikat yang dua kali sujud kepada Nabi Adam atas perintah Allah.. Adakah kita mahu tergolong dalam golongan yg derhaka seperti Iblis? renungkan..
  • Sebelah kanan sayap Jibril terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah.
  • Firaun mati ditelenggami laut yg dibelah dua bersama pengikutnya... Qarun mati ditelenggami bumi bersama harta²nya.. Namrud mati kerana seekor nyamuk yang masuk ke dalam telinganya.. Abrahah mati dilontar batu dari neraka Sijjil oleh burung Ababil.. Maka azab Allah yg mana satukah yang kamu dustakan?
  • Dibawakan org paling derita di dunia pada hari kiamat, lalu Allah masukkannya sebentar ke dalam syurga dan kemudian dikeluarkannya kembali, lalu ditanya, "Adakah kamu pernah merasakan derita di dunia dahulu?", lalu dia menjawab, "Tidak pernah"..
  • Manusia tak lari dari melakukan kesilapan kerana mereka bukan maksum seperti Nabi.. Namun org yg beruntung adalah mereka yg cepat sedar kesalahan dan cepat bertaubat..

Sampaikanlah Sesuatu Ilmu Walaupon Sekecil Zarah...

SALAM,
MUADZ MUHAMMAD JUFFRI

Islam Itu Mudah