Friday, July 19, 2013

Muhasabah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat2 yg membaca .

Pejam celik sekarang kita sudah berada di fasa ke dua dibulan ramadhan ini dan ramadhan makin lama makin hampir kepada penutupnya . Ramai antara kita yg tidak faham kenapa ramai yg sedih apabila ramadhan dah nak abes . Kebanyakan drpd kita hanya fikirkan hiburan dan malas utk berpuasa sedangkn bulan puasa inilah bulan di mana allah bagi kita peluang melakukan ibadah tanpa gangguan syaitan dan pahala yg kita dpt dilipatkaligandakan lagi di bulan rahmat ini . Saya pernah dgr ayat ini drpd seorang ustaz yg mengatakan bahawa barang siapa yg lakukan ibadah dgn sempurna dibulan ramadhan in shaa allah bila tiba aidilfitri iaitu hr dimana kita seperti bayi yg br sahaja dilahirkan . Bersih drpd dosa . Betulkan saya kalau ada tersilap . Maka rugilah sesiapa yg mengsia-siakan waktunya di bulan ramadhan .

Jadi cara terbaik utk sentiasa improve ibadah kita dibulan ramadhan ini ialah kita muhasabah setiap hari . Muhasabah apa yg kita sudah lakukan sepanjang hr ini . Adakah Allah merahmati apa yg kita buat ? Adakah amalan yg kita lakukan hr ini berfaedah ? Sentiasa tanyakan soalan itu . Better dilakukan sebelum tidur . Kita muhasabah dan cr jalan utk perbaiki hari kita agar hr esk lebih baik drpd hari ini .

Itu sahaja yg dpt saya kongsikan . Apa yg baik dtg drpd Allah . Yang buruk dtg drpd diri saya sendiri . Assalamualaikum

Sunday, July 14, 2013

"Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku"

Ayat tersebut saya petik drpd lirik lagu Muhasabah Cinta. Ayat yg amat menarik bagi orang putus cinta kerana cinta ini terdapat byk kategori . Kategori yg saya maksudkan adalah cinta nafsu . Cinta yg penuh kemaksiatan . Kadang2 kita pon tak sedar dan kita terbuai dengan godaan manja wanita yg kadang2 boleh meransang lelaki . Memang kebiasaan lelaki begitu . Terdapat segelintir manusia yg mudah cair dengan belaian manja perempuan . Tetapi akhirnya semua berakhir dengan kekecewaan dan ada sesetengah org sanggup bunuh diri kerana putus cinta .

Sedarlah wahai orang muda . Kejarlah cinta yg abadi iaitu cintakan Allah . Cukupkan dulu ilmu didada sebelum melangkah ke alam perkahwinan . Inilah yg kebanyakan org muda sekali pandang remeh . Kahwin ini bukan perkara main2 . Kahwin ini melibatkan perasaan , maruah dan wang . Mungkin anda org kaya , semua perempuan anda permainkan tapi sedarlah berapa ramai jiwa insan yg anda telah hancurkan . Bukan org yg anda kahwini sahaja yg terseksa . Jadilah seorang manusia yg berhati perut .

Jauh plak menyimpang . Hehe . Kejarlah cinta ilahi . Cintakan Allah . Kemudian Nabi dan Para Sahabat . Kemudian ibubapa kamu dan akhir sekali ialah bakal imam atau ma'mum mu . Sesungguhnya Allah telah aturkan semuanya . Tak perlu kita menggatal menggoda anak dara org . Inshaa allah satu hari akan tiba masanya anda bertemu dengan ma'mum atau imam anda .

Yang baik datangnya daripada Allah , yang buruk datang drpd diri saya sendiri . Jika ada kesalahan harap dpt diperbetulkan kerana setiap manusia sering melakukan kesilapan . Kita belajar drpd kesilapan . Terima kasih kerana membaca .

Assalamualaikum

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Sudah Tiba



Ramadhan sudah tiba

Ramai yg mensia-siakan masa di Bulan Ramadhan ini dengan melakukan perkara yang lagho ( Melalaikan ) . Ramai yg tidak tahu kelebihan2 di Bulan Ramadhan ini . Mungkin ada sesetengah orang apabila sudah berlaku bencana depan mata baru rasa nak bertaubat . Itu dinamakan hidayah . Allah bagi peluang utk dia berubah . Tapi kalau Allah tak kasi kita hidayah ? Mungkin kita tak akan jadi org yg soleh . Berperangai buruk dan tidak beradab . Mungkin . Allah itu maha pemurah dan menerima doa hambanya . Jadi jangan berhenti berdoa . Mungkin ada sesetengah daripada kita berdoa bersungguh-sungguh tapi tetap tidak dimakbulkan lagi . Think positive and look around . Maybe Allah bagi kita benda yg lebih baik dimasa yg terdekat atau di masa hadapan . Jadi kita harus selalu bersabar dan positive . Kita patut bersyukur apabila diberikan hidayah utk berubah .

So , Apa yang kita tunggu lagi ? Takkan nak tunggu kita mati baru nak berubah ? Jadi mari kita buka langkah dan terus berjalan ke arah yg lurus iaitu jalan yg Allah sudah terangkan di dalam Al-Quran Dan As- Sunnah . Be strong and make a differet !

Assalamualaikum ^^

RAMADHAN KAREEM !

Ramadhan Kareem to all my beloved friends

CONGRATULATION ! Because you have been choose by Allah to meet with Ramadhan . Not Everyone get the chance to meet Ramadhan . Bulan Rahmat . Bulan dimana Allah melipat kali ganda pahala amalan kita dibulan Ramadhan ini . Dan pada bulan ini juga Allah telah mengurung semua syaitan supaya lebih mudah utk kita melakukan ibadah . Apa yang perlu kita didik sekarang ini ialah NAFSU kita  Bulan puasa juga mengajar kita erti sabar dan juga pada bulan Ramadhan ini dpt melatih orang2 yg sudah ketagih dengan rokok .

Jadi , Apa kita tunggu lagi ? Semua sudah diberi . Jadi ayuh kita kejar peluang ini utk tambahkan lagi pahala kita dengan TADARUS , SEDEKAH , BERIBADAH dan ZIKRULLAH di Bulan Ramadhan ini .

Enjoy this song . From Maher Zain . English Version . Hope you enjoy !

Nikon D5200 for Sale ( Assignment )








E Tailer : Www.lelong.com.my

Features : DX Format , 24.1 MP , 5 FPS , 100-6400 ISO (Expandable to 25600) , Full HD
1080p at 30/25/24p

Content : Nikon D5200 Body, Nikon 18-55mm VR Lens, Li-ion Battery, Charger, Neck Strap, Body Cap, Eyepiece Cap, Rubber Eyecup, Software and Manual CD-ROM

Price : Body (Black) with AF-S 18-105mm lens - RM3,598.00
Body (Black, Red, Bronze) with AF-S 18-55mm lens - RM2,998.00
Body only (Black) - RM2,598.00

Sample Photo :  




Shutter speed
1/400 second
Aperture
f/3
Focal length
40mm
Exposure mode
Aperture-Priority Auto
Exposure metering
3D Color Matrix Metering II
Sensitivity
ISO 200
White balance
Auto
Picture control
Vivid
Image quality
RAW (14-bit)
Lens
AF-S DX Micro NIKKOR 40mm f/2.8G


Sunday, March 6, 2011

Jangan Bersedih . Allah bersamamu

Adakah kamu sedang bersedih? Adakah kesedihan itu suatu yang terlampau berat sehingga kamu tak mampu nak lihat nikmat yg diberi Allah selama hidup ini? Berapa banyak manusia yg bersyukur dan memerhatikan nikmat yg diberi Allah setiap hari berbanding mereka yg mengeluh kerana ditimpakan ujian? Berapa ramai yg lebih tahu erti kesabaran dalam hidup? Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!



RENUNGKANLAH...ADAKAH KITA TAHU APA MAKSUD KETENANGAN ?  Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..Tengok Video Tuh..Muhasabah Kembali...


  • Kunci syurga adalah لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله tetapi bukan mudah untuk menyebutkan ia ketika sakaratulmaut...
  • Semua masjid dan surau mesti menguatkuasakan perintah larangan masuk terhadap sesiapa sahaja yg tidak menutup aurat di dalam kawasan masjid kerana jika mereka membiarkan sahaja golongan ini masuk seolah-olah mereka mempersetujui kemungkaran dilakukan di rumah Allah.. Kena ada pegawai dan pengawal yg menjaga perkara sebegini.
  • Jika Allah nak beri kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh ditahan dengan apa2 tangan sekalipun.. Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh dihulur oleh ape2 tangan sekalipun..
  • Perumpamaan antara orang yg derhaka kepada Allah dan orang yg taat pada Allah ialah seperti peristiwa di mana Iblis tidak mahu sujud kepada Nabi Adam dan para Malaikat yang dua kali sujud kepada Nabi Adam atas perintah Allah.. Adakah kita mahu tergolong dalam golongan yg derhaka seperti Iblis? renungkan..
  • Sebelah kanan sayap Jibril terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah.
  • Firaun mati ditelenggami laut yg dibelah dua bersama pengikutnya... Qarun mati ditelenggami bumi bersama harta²nya.. Namrud mati kerana seekor nyamuk yang masuk ke dalam telinganya.. Abrahah mati dilontar batu dari neraka Sijjil oleh burung Ababil.. Maka azab Allah yg mana satukah yang kamu dustakan?
  • Dibawakan org paling derita di dunia pada hari kiamat, lalu Allah masukkannya sebentar ke dalam syurga dan kemudian dikeluarkannya kembali, lalu ditanya, "Adakah kamu pernah merasakan derita di dunia dahulu?", lalu dia menjawab, "Tidak pernah"..
  • Manusia tak lari dari melakukan kesilapan kerana mereka bukan maksum seperti Nabi.. Namun org yg beruntung adalah mereka yg cepat sedar kesalahan dan cepat bertaubat..

Sampaikanlah Sesuatu Ilmu Walaupon Sekecil Zarah...

SALAM,
MUADZ MUHAMMAD JUFFRI

Islam Itu Mudah

Saturday, December 11, 2010

Ahli Ibadah Mati Syahid Bersama Ayahnya Dalam Satu Hari

 Muhammad Ibn Thalhah Ibn Ubaidillah dilahirkan di salah satu rumah yang termulia bagi para pejuang di masa Rasulullah SAW. Ia hidup dan tumbuh dalam naungan perjuangan. Di bawah asuhan ayah yang pemberani dan beriman. Rasulullah SAW bersabda berkenaan dengan dirinya: “Barangsiapa ingin melihat seorang syahid yang berjalan di muka bumi, lihatlah Thalhah Ubaidillah.”
    Yang pertama kali terlihat oleh si bayi (Muhammad Ibn Thalhah) setelah kelahirannya ke dunia ini adalah wajah Nabi SAW. Waktu itu ia dibawa ke hadapan Rasul lalu Nabi bertanya: “Nama apa yang engkau berikan padanya?” Mereka menjawab, “Muhammad.” Kata Nabi: “Itu namaku.” Julukannya Abu Al-Qasim. Kemudian baginda SAW mendoakan bayi tersebut dengan kebaikan dan berkah.
    Menjelang usia mudanya, Muhammad Ibn Thalhah tekun beribadah dan khusyuk dalam sujud. Di bawah asuhan ayahnya mampu menghafal Al-Quran. Ayahnya termasuk salah seorang dari orang-orang yang pertama kali masuk Islam (as-Sabiqun al-Awwalun). Ia juga termasuk salah seorang dari 10 orang yang diberitakan masuk syurga....
Ahli Ibadah Mati Syahid Bersama Ayahnya Dalam Satu Hari
    Muhammad Ibn Thalhah Ibn Ubaidillah dilahirkan di salah satu rumah yang termulia bagi para pejuang di masa Rasulullah SAW. Ia hidup dan tumbuh dalam naungan perjuangan. Di bawah asuhan ayah yang pemberani dan beriman. Rasulullah SAW bersabda berkenaan dengan dirinya: “Barangsiapa ingin melihat seorang syahid yang berjalan di muka bumi, lihatlah Thalhah Ubaidillah.”
    Yang pertama kali terlihat oleh si bayi (Muhammad Ibn Thalhah) setelah kelahirannya ke dunia ini adalah wajah Nabi SAW. Waktu itu ia dibawa ke hadapan Rasul lalu Nabi bertanya: “Nama apa yang engkau berikan padanya?” Mereka menjawab, “Muhammad.” Kata Nabi: “Itu namaku.” Julukannya Abu Al-Qasim. Kemudian baginda SAW mendoakan bayi tersebut dengan kebaikan dan berkah.
    Menjelang usia mudanya, Muhammad Ibn Thalhah tekun beribadah dan khusyuk dalam sujud. Di bawah asuhan ayahnya mampu menghafal Al-Quran. Ayahnya termasuk salah seorang dari orang-orang yang pertama kali masuk Islam (as-Sabiqun al-Awwalun). Ia juga termasuk salah seorang dari 10 orang yang diberitakan masuk syurga. Juga termasuk salah seorang yang jadikan Umar sebagai calon khalifah dalam dewan permesyuaratan.
    Beliau tertimpa musibah di waktu perang Uhud. Rasulullah SAW merawatnya sendiri, ertinya merawat dengan tangan baginda sendiri kepada Thalhah yang terkena anak panah sehingga tangannya terasa kaku. Rasulullah mengangkat Thalhah kepunggungnya dan membawanya sampai jauh dari para pemanah.
Pada waktu itu Rasulullah berkata: “Wajib bagi Thalhah!” Ertinya Thalhah telah melakukan suatu amal yang mewajibkannya masuk syurga.
    Thalhah mendidik anaknya, Muhammad, dengan pendidikan yang mulia sehingga Muhammad tekun beribadah kepada Allah. Tidak ada kesenangan duniawi dengan segala perhiasannya, yang dapat menggantikannya dari kesibukan berzikir kepada Allah dan membaca Al-Quran. Jika ia hendak solat, di malam hari ia munajat kepada Allah, sehingga lupa akan segala sesuatu yang ada di sekitarnya. Bahkan ia tidak tahu telah berapa lama waktunya berlalu. Oleh kerana itu ia dijuluki sebagai ahli sujud, kerana banyaknya sujud yang ia lakukan kepada Allah Azzawa Jalla.
    Baginya belum merasa cukup jika hanya mendengar nasihat dari ayahnya. Ia sendiri mendengar dari Rasulullah SAW. Muhammad Ibn Thalhah juga mengunjungi ibu saudaranya Zainab binti Jahsy. Ia duduk dan mendengarkan nasihatnya yang ia terima dari Rasul. Dengan demikian ia tahu bagaimana beliau berinteraksi dengan keluarga dan pembantunya. Ia tahu bagaimana Rasulullah menerima wahyu. Hal ini makin memberinya kekuatan iman dan dapat menambah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Ia melaksanakan ibadah solat, puasa dan menjauhi gemerlapnya dunia dan nafsu syahwat, bahkan tetap di jalan yang lurus dalam setiap ucapan dan perbuatan.
    Di samping Muhammad Ibn Thalhah menghafal Kitabullah ia juga memperhatikan ayat-ayatnya pada saat membacanya. Ia menghafal banyak hadith Nabi dan menjadikannya sebagai pedoman hidup. Oleh kerana itu ia mencapai kedudukan yang tinggi di antara manusia. Beliau merasa cukup dengan keadaan sederhana, merendah, tidak angkuh terhadap yang miskin, meskipun Allah memberinya kesenangan duniawi sehingga menjadikannya termasuk orang-orang yang kaya.
    Sebagaimana halnya Muhammad Ibn Thalhah mulia kerana amalan hidupnya yang penuh dengan beribadah kepada Allah tidak condong pada gemerlapan kehidupan duniawi dan kenikmatannya, ia juga terhindar dari terlibatnya kehidupan kaum muslimin yang terjerumus dalam fitnah setelah wafatnya Rasulullah. Kerana itu ketika Amirul Mukminin Utsman Ibn Affan terbunuh di rumahnya dalam keadaan sedang membaca Al-Quran di biliknya, Muhammad Ibn Thalhah bertanya-tanya sambil bercucuran air mata membasahi janggutnya, siapa gerangan yang membunuh Amirul Mukminin?
    Apakah Muhammad Ibn Abu Bakar terlibat dalam pembunuhan tersebut ataukah isu itu hanya sengaja memalingkan dari keadaan yang sebenarnya yang dilakukan oleh orang-orang derhaka? Setelah jelas bahawa putera Abu Bakar Ash-Shiddiq tidak terlibat, fikirannya mantap dan semangat cintanya berkobar. Ia amat mengharapkan agar putera Abu Bakar tersebut tidak terlibat dalam pembunuhan Amirul Mukminin.
    Wafatnya Utsman merupakan awal terjadinya fitnah yang keji dan kemudian berlanjut dengan terpecahnya barisan umat Islam. Kaum muslimin membaiat Saidina Ali sebagai khalifah. Semuanya membaiat, kecuali Muawiyah dan penduduk Syam. Peristiwanya berlangsung amat cepat. Terjadilah perang unta di mana Ummul Mukminin Aisyah ra. terlibat di dalamnya.
    Thalhah termasuk pemerhati atas terbunuhnya Utsman Ibn Affan. Oleh kerana itu sebenarnya ia tidak sepenuhnya terlibat dalam pertempuran ini. Justeru itu Bani Umaiyah memperoleh keuntungan darinya demi melaksanakan balas dendam. Hal ini terbukti ketika Marwan Ibn Al-Hakam mengarahkan panahnya ke Thalhah.
Saat itu Thalhah berseru: “Saya tidak menuntut balas setelah hari ini!” Thalhah menemui ajalnya, ia gugur sebagai syahid.
    Adapun Muhammad Ibn Thalhah, ia sebenarnya condong kepada pihak Saidina Ali, tetapi kerana taat pada ayahnya yang terlibat dalam memerangi Saidina Ali maka ia ada di pihak lawan Ali. Meskipun demikian ia tidak berusaha membunuh seseorang. Apabila seseorang mengangkat senjata melawannya, ia berkata: “Aku ingatkan engkau dengan seorang sahabat karib!” Lalu ia menjauhinya.
    Begitu seterusnya sampai datang seorang lelaki berhati keras bernama Isham Ibn Muqsyair an-Nashri menurut pendapat yang terkuat, tidak mempedulikan kata-katanya, “Aku ingatkan engkau dengan seorang sahabat karib.” Orang ini langsung mengangkat senjata ke arahnya, menikam dengan tikaman mematikan. Maka Muhammad jatuh, darahnya mengalir, lalu si pembunuh berdiri sambil melagukan beberapa syair berikut ini:
Timbullah kekuatan sebagai tanda kekuasaan Tuhan Sedikit sekali rintangan yang dijumpai oleh seorang muslim la terpanah di bahagian bawah dadanya Dua tangan dan mulutnya jatuh terbanting Saat tertikam ia mengingatkanku sebagai sahabat karib Mengapa tidak ia ucapkan sahabat karib sebelum maju?   
  Dengan cara itulah ia mati syahid. Ia terbunuh sebagai hamba yang menegakkan ayat-ayat Allah. Ia mengingatkan tentang sahabat karib, tapi tidak terdengar dan tidak terjawab.
    Setelah pertempuran selesai, Saidina Ali, puteranya Hasan, Muhammad Ibn Abu Bakar, dan Amar Ibn Yasir memeriksa medan perang, tiba-tiba Hasan melihat mayat yang wajahnya tertelungkup. Kemudian ia membalikkan badannya, dan setelah diperhatikan ia berkata: “Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un (sesungguhnya segala sesuatu itu bagi Allah dan sesungguhnya segala sesuatu itu akan kembali kepada Allah).
    Demi Allah, orang ini termasuk bahagian dari orang Quraisy.” Ayahnya bertanya kepadanya: “Siapa ia, wahai anakku?” Jawab Hasan, “Muhammad Ibn Thalhah.” Saidina Ali kemudian berkata: “Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un. Orang ini ahli sujud dan pemelihara Kaabah. Ia adalah pemuda yang soleh.” Setelah itu beliau duduk, nampak sedih dan pilu. Hasan berkata kepadanya: “Wahai ayahku, dulu aku pernah mencegahmu melakukan perjalanan ini, tapi si anu dan si anu mengalahkan pendapatmu.” Jawab Saidina Ali: “Dulunya begitu (sekarang sudah terjadi), wahai anakku. Aku berharap seandainya 20 tahun yang lalu aku sudah meninggal.”
    Allah menghendaki agar Thalhah dan puteranya dimakamkan dalam satu kubur. Langit membukakan pintu rahmat dan keredaan bagi kedua pahlawan syahid ini.
wallahua'lam 
<!-- JOM COMMENT START -->