Sunday, July 14, 2013

"Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku"

Ayat tersebut saya petik drpd lirik lagu Muhasabah Cinta. Ayat yg amat menarik bagi orang putus cinta kerana cinta ini terdapat byk kategori . Kategori yg saya maksudkan adalah cinta nafsu . Cinta yg penuh kemaksiatan . Kadang2 kita pon tak sedar dan kita terbuai dengan godaan manja wanita yg kadang2 boleh meransang lelaki . Memang kebiasaan lelaki begitu . Terdapat segelintir manusia yg mudah cair dengan belaian manja perempuan . Tetapi akhirnya semua berakhir dengan kekecewaan dan ada sesetengah org sanggup bunuh diri kerana putus cinta .

Sedarlah wahai orang muda . Kejarlah cinta yg abadi iaitu cintakan Allah . Cukupkan dulu ilmu didada sebelum melangkah ke alam perkahwinan . Inilah yg kebanyakan org muda sekali pandang remeh . Kahwin ini bukan perkara main2 . Kahwin ini melibatkan perasaan , maruah dan wang . Mungkin anda org kaya , semua perempuan anda permainkan tapi sedarlah berapa ramai jiwa insan yg anda telah hancurkan . Bukan org yg anda kahwini sahaja yg terseksa . Jadilah seorang manusia yg berhati perut .

Jauh plak menyimpang . Hehe . Kejarlah cinta ilahi . Cintakan Allah . Kemudian Nabi dan Para Sahabat . Kemudian ibubapa kamu dan akhir sekali ialah bakal imam atau ma'mum mu . Sesungguhnya Allah telah aturkan semuanya . Tak perlu kita menggatal menggoda anak dara org . Inshaa allah satu hari akan tiba masanya anda bertemu dengan ma'mum atau imam anda .

Yang baik datangnya daripada Allah , yang buruk datang drpd diri saya sendiri . Jika ada kesalahan harap dpt diperbetulkan kerana setiap manusia sering melakukan kesilapan . Kita belajar drpd kesilapan . Terima kasih kerana membaca .

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment