Saturday, December 11, 2010

Ahli Ibadah Mati Syahid Bersama Ayahnya Dalam Satu Hari

 Muhammad Ibn Thalhah Ibn Ubaidillah dilahirkan di salah satu rumah yang termulia bagi para pejuang di masa Rasulullah SAW. Ia hidup dan tumbuh dalam naungan perjuangan. Di bawah asuhan ayah yang pemberani dan beriman. Rasulullah SAW bersabda berkenaan dengan dirinya: “Barangsiapa ingin melihat seorang syahid yang berjalan di muka bumi, lihatlah Thalhah Ubaidillah.”
    Yang pertama kali terlihat oleh si bayi (Muhammad Ibn Thalhah) setelah kelahirannya ke dunia ini adalah wajah Nabi SAW. Waktu itu ia dibawa ke hadapan Rasul lalu Nabi bertanya: “Nama apa yang engkau berikan padanya?” Mereka menjawab, “Muhammad.” Kata Nabi: “Itu namaku.” Julukannya Abu Al-Qasim. Kemudian baginda SAW mendoakan bayi tersebut dengan kebaikan dan berkah.
    Menjelang usia mudanya, Muhammad Ibn Thalhah tekun beribadah dan khusyuk dalam sujud. Di bawah asuhan ayahnya mampu menghafal Al-Quran. Ayahnya termasuk salah seorang dari orang-orang yang pertama kali masuk Islam (as-Sabiqun al-Awwalun). Ia juga termasuk salah seorang dari 10 orang yang diberitakan masuk syurga....
Ahli Ibadah Mati Syahid Bersama Ayahnya Dalam Satu Hari
    Muhammad Ibn Thalhah Ibn Ubaidillah dilahirkan di salah satu rumah yang termulia bagi para pejuang di masa Rasulullah SAW. Ia hidup dan tumbuh dalam naungan perjuangan. Di bawah asuhan ayah yang pemberani dan beriman. Rasulullah SAW bersabda berkenaan dengan dirinya: “Barangsiapa ingin melihat seorang syahid yang berjalan di muka bumi, lihatlah Thalhah Ubaidillah.”
    Yang pertama kali terlihat oleh si bayi (Muhammad Ibn Thalhah) setelah kelahirannya ke dunia ini adalah wajah Nabi SAW. Waktu itu ia dibawa ke hadapan Rasul lalu Nabi bertanya: “Nama apa yang engkau berikan padanya?” Mereka menjawab, “Muhammad.” Kata Nabi: “Itu namaku.” Julukannya Abu Al-Qasim. Kemudian baginda SAW mendoakan bayi tersebut dengan kebaikan dan berkah.
    Menjelang usia mudanya, Muhammad Ibn Thalhah tekun beribadah dan khusyuk dalam sujud. Di bawah asuhan ayahnya mampu menghafal Al-Quran. Ayahnya termasuk salah seorang dari orang-orang yang pertama kali masuk Islam (as-Sabiqun al-Awwalun). Ia juga termasuk salah seorang dari 10 orang yang diberitakan masuk syurga. Juga termasuk salah seorang yang jadikan Umar sebagai calon khalifah dalam dewan permesyuaratan.
    Beliau tertimpa musibah di waktu perang Uhud. Rasulullah SAW merawatnya sendiri, ertinya merawat dengan tangan baginda sendiri kepada Thalhah yang terkena anak panah sehingga tangannya terasa kaku. Rasulullah mengangkat Thalhah kepunggungnya dan membawanya sampai jauh dari para pemanah.
Pada waktu itu Rasulullah berkata: “Wajib bagi Thalhah!” Ertinya Thalhah telah melakukan suatu amal yang mewajibkannya masuk syurga.
    Thalhah mendidik anaknya, Muhammad, dengan pendidikan yang mulia sehingga Muhammad tekun beribadah kepada Allah. Tidak ada kesenangan duniawi dengan segala perhiasannya, yang dapat menggantikannya dari kesibukan berzikir kepada Allah dan membaca Al-Quran. Jika ia hendak solat, di malam hari ia munajat kepada Allah, sehingga lupa akan segala sesuatu yang ada di sekitarnya. Bahkan ia tidak tahu telah berapa lama waktunya berlalu. Oleh kerana itu ia dijuluki sebagai ahli sujud, kerana banyaknya sujud yang ia lakukan kepada Allah Azzawa Jalla.
    Baginya belum merasa cukup jika hanya mendengar nasihat dari ayahnya. Ia sendiri mendengar dari Rasulullah SAW. Muhammad Ibn Thalhah juga mengunjungi ibu saudaranya Zainab binti Jahsy. Ia duduk dan mendengarkan nasihatnya yang ia terima dari Rasul. Dengan demikian ia tahu bagaimana beliau berinteraksi dengan keluarga dan pembantunya. Ia tahu bagaimana Rasulullah menerima wahyu. Hal ini makin memberinya kekuatan iman dan dapat menambah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Ia melaksanakan ibadah solat, puasa dan menjauhi gemerlapnya dunia dan nafsu syahwat, bahkan tetap di jalan yang lurus dalam setiap ucapan dan perbuatan.
    Di samping Muhammad Ibn Thalhah menghafal Kitabullah ia juga memperhatikan ayat-ayatnya pada saat membacanya. Ia menghafal banyak hadith Nabi dan menjadikannya sebagai pedoman hidup. Oleh kerana itu ia mencapai kedudukan yang tinggi di antara manusia. Beliau merasa cukup dengan keadaan sederhana, merendah, tidak angkuh terhadap yang miskin, meskipun Allah memberinya kesenangan duniawi sehingga menjadikannya termasuk orang-orang yang kaya.
    Sebagaimana halnya Muhammad Ibn Thalhah mulia kerana amalan hidupnya yang penuh dengan beribadah kepada Allah tidak condong pada gemerlapan kehidupan duniawi dan kenikmatannya, ia juga terhindar dari terlibatnya kehidupan kaum muslimin yang terjerumus dalam fitnah setelah wafatnya Rasulullah. Kerana itu ketika Amirul Mukminin Utsman Ibn Affan terbunuh di rumahnya dalam keadaan sedang membaca Al-Quran di biliknya, Muhammad Ibn Thalhah bertanya-tanya sambil bercucuran air mata membasahi janggutnya, siapa gerangan yang membunuh Amirul Mukminin?
    Apakah Muhammad Ibn Abu Bakar terlibat dalam pembunuhan tersebut ataukah isu itu hanya sengaja memalingkan dari keadaan yang sebenarnya yang dilakukan oleh orang-orang derhaka? Setelah jelas bahawa putera Abu Bakar Ash-Shiddiq tidak terlibat, fikirannya mantap dan semangat cintanya berkobar. Ia amat mengharapkan agar putera Abu Bakar tersebut tidak terlibat dalam pembunuhan Amirul Mukminin.
    Wafatnya Utsman merupakan awal terjadinya fitnah yang keji dan kemudian berlanjut dengan terpecahnya barisan umat Islam. Kaum muslimin membaiat Saidina Ali sebagai khalifah. Semuanya membaiat, kecuali Muawiyah dan penduduk Syam. Peristiwanya berlangsung amat cepat. Terjadilah perang unta di mana Ummul Mukminin Aisyah ra. terlibat di dalamnya.
    Thalhah termasuk pemerhati atas terbunuhnya Utsman Ibn Affan. Oleh kerana itu sebenarnya ia tidak sepenuhnya terlibat dalam pertempuran ini. Justeru itu Bani Umaiyah memperoleh keuntungan darinya demi melaksanakan balas dendam. Hal ini terbukti ketika Marwan Ibn Al-Hakam mengarahkan panahnya ke Thalhah.
Saat itu Thalhah berseru: “Saya tidak menuntut balas setelah hari ini!” Thalhah menemui ajalnya, ia gugur sebagai syahid.
    Adapun Muhammad Ibn Thalhah, ia sebenarnya condong kepada pihak Saidina Ali, tetapi kerana taat pada ayahnya yang terlibat dalam memerangi Saidina Ali maka ia ada di pihak lawan Ali. Meskipun demikian ia tidak berusaha membunuh seseorang. Apabila seseorang mengangkat senjata melawannya, ia berkata: “Aku ingatkan engkau dengan seorang sahabat karib!” Lalu ia menjauhinya.
    Begitu seterusnya sampai datang seorang lelaki berhati keras bernama Isham Ibn Muqsyair an-Nashri menurut pendapat yang terkuat, tidak mempedulikan kata-katanya, “Aku ingatkan engkau dengan seorang sahabat karib.” Orang ini langsung mengangkat senjata ke arahnya, menikam dengan tikaman mematikan. Maka Muhammad jatuh, darahnya mengalir, lalu si pembunuh berdiri sambil melagukan beberapa syair berikut ini:
Timbullah kekuatan sebagai tanda kekuasaan Tuhan Sedikit sekali rintangan yang dijumpai oleh seorang muslim la terpanah di bahagian bawah dadanya Dua tangan dan mulutnya jatuh terbanting Saat tertikam ia mengingatkanku sebagai sahabat karib Mengapa tidak ia ucapkan sahabat karib sebelum maju?   
  Dengan cara itulah ia mati syahid. Ia terbunuh sebagai hamba yang menegakkan ayat-ayat Allah. Ia mengingatkan tentang sahabat karib, tapi tidak terdengar dan tidak terjawab.
    Setelah pertempuran selesai, Saidina Ali, puteranya Hasan, Muhammad Ibn Abu Bakar, dan Amar Ibn Yasir memeriksa medan perang, tiba-tiba Hasan melihat mayat yang wajahnya tertelungkup. Kemudian ia membalikkan badannya, dan setelah diperhatikan ia berkata: “Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un (sesungguhnya segala sesuatu itu bagi Allah dan sesungguhnya segala sesuatu itu akan kembali kepada Allah).
    Demi Allah, orang ini termasuk bahagian dari orang Quraisy.” Ayahnya bertanya kepadanya: “Siapa ia, wahai anakku?” Jawab Hasan, “Muhammad Ibn Thalhah.” Saidina Ali kemudian berkata: “Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un. Orang ini ahli sujud dan pemelihara Kaabah. Ia adalah pemuda yang soleh.” Setelah itu beliau duduk, nampak sedih dan pilu. Hasan berkata kepadanya: “Wahai ayahku, dulu aku pernah mencegahmu melakukan perjalanan ini, tapi si anu dan si anu mengalahkan pendapatmu.” Jawab Saidina Ali: “Dulunya begitu (sekarang sudah terjadi), wahai anakku. Aku berharap seandainya 20 tahun yang lalu aku sudah meninggal.”
    Allah menghendaki agar Thalhah dan puteranya dimakamkan dalam satu kubur. Langit membukakan pintu rahmat dan keredaan bagi kedua pahlawan syahid ini.
wallahua'lam 
<!-- JOM COMMENT START -->

Thursday, December 9, 2010

Antara keris dan senapang

       PERHATIAN
CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA.TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG SUDAH TIADA
 Penduduk Kampung Langkasuka digemparkan dengan kehadiran seorang lelaki dalam lingkungan 40-an yang agak dhaif lagi menyedihkan,penuh dengan darah.Beberapa pemuda datang memapahnya dengan penuh cermat,dikhuatiri memarahkan lagi luka yang sedia ada.
“apakah yang terjadi?”Tanya Aiman, salah seorang daripada pemuda tersebut.
“ba..bawa aku berjumpa dengan penghulu kamu “kata lelaki tersebut tanpa menghiraukan pertanyaan Aiman.Daripada cara percakapannya jelas menunjukkan yang sukar baginya untuk mengeluarkan ayat tetapi tetap dipaksa.
“tapi...”
“kau sudah dengar bukan?ikut saja apa yang dikatakan!”tengking Mahmud sebelum sempat Aiman menghabiskan ayatnya.Mahmud adalah abang kepada Aiman.Mereka tidak tumpah bagai ‘anjing dengan kucing’ mungkin disebabkan sikap dua beradik yang sentiasa tidak bersefahaman antara satu sama lain.
“apa yang sudah berlaku di sini”kedengaran satu suara dari celah orang ramai.Dengan serentak dua beradik tersebut menoleh kearah suara tersebut.Kelihatan seorang lelaki yang memang mereka kenali sebagai Tok Harun,seorang penghulu di kampung langkasuka.Beliau agak tegas orangnya tapi  berwibawa.Semua patuh dan hormat kepadanya kerana kewibawaan dan sikapnya yang adil.
“tok,ada seseorang ingin berjumpa dengan datok”cepat sahaja Mahmud menonjol sebelum sempat yang lain berbuat apa-apa. Tok Harun berjalan melepasi Mahmud lalu berdiri di hadapan lelaki tersebut yang sedang dipapah oleh Aiman dan zakaria ,salah seorang pemuda yang menolong.
“baringkan dia”arah Tok Harun lalu menyambung kata-kata”apa tujuan tuan hamba ingin berjumpa dengan hamba?”
“ha...hamba ingin membawa berita”lelaki tersebut berhenti seketika untuk menahan kesakitan lalu disambung”kam..pung kami telah diserang oleh orang yang ka..mi sendiri tidak kenal.Mereka memaksa kami un...untuk murtad dari agama yang di..bawa oleh nabi Muhammad...Mereka sangat hebat hingga...kan mam...pu membunuh da..dari jarak yang jauh”
”sudahlah ,berehatlah dahulu nanti kita akan sambung  setelah kamu sembuh”pinta Tok Harun.Tiba-tiba baju melayu yang dikenakan ditarik oleh lelaki tersebut dekat kepadanya bagaikan ada yang ingin dikatakan.      
“barang..kali mereka sedang me..nuju ke arah kampung ini..Ingat.. jangan serang mereka secara terbuka ker..na ramai pejuan...g kami terbunuh....Allah”akhirnya lelaki tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat pada waktu azan maghrib berkumandang.Sayu hati Tok harun dan penduduk kampung melihat sebujur jasad terkaku tepat pada waktu senja yang menjelang tiba.”Innalillah”hati mereka mengucapkan.Tiada apa yang mampu dilakukan untuk menghalang ketentuan illahi.Hanya Al-fatihah sebagai sedekah.
      Setelah selamat lelaki itu disemadikan,Tok Harun bersama-sama beberapa penduduk kampung bermesyuarat di rumah Tok Harun.Dua beradik tersebut juga turut serta dalam mesyuarat itu.
"Alhamdulillah,selamat juga lelaki tersebut disemadikan..."ada nada sayu kedengaran."tapi itu bukanlah yang ingin aku beritahukan.Sebelum kematian lelaki itu,beliau ada memberitahu aku yang...."Tok Harun menarik nafas sedalam-dalamnya.Beliau cuba mentabahkan diri untuk mengkhabarkan berita tersebut.
"saya tahu apa yang Tok nak beritahukan..."belum sempat Mahmud menghabiskan ayatnya,perutnya sudah dipulas oleh Aiman yang ternyata lebih matang daripada abangnya sendiri.
"Jangan menyampuk cakap orang tua"tegur Aiman.Tidak kena mengena kepala Aiman dipukul oleh Mahmud.Beberapa orang datang meleraikan pergaduhan.Aiman mula berasa bersalah kerana mengganggu mesyuarat tersebut.Dalam hatinya bertanya mengapalah aku ni bodoh sangat,dah tahu 'padah kacau anak gajah'lagi nak buat.Tapi mungkin tidak bagi Mahmud yang kelihatan masih tidak puas hati.
       Tetapi tidaklah seperti yang disangkakan kerana semua hadirin yang datang tergeli hati melihat dua beradik itu.Mereka sudah masak dengan mereka yang seperti anjing dengan kucing.Tetapi tidak bagi Tok Harun.Ada perkara yang lebih mustahak yang perlu disampaikan daripada melayan kerenah mereka.Mukanya serius.
"kita ada ancaman terbesar....teramat besar.Dikhabarkan terdapat satu angkatan yang ingin memusnahkan agama yang suci ini.Katanya amat hebat sekali hinggakan mampu membunuh dari jarak yang jauh dan kemungkin mereka sedang menuju kesini"Tok Harun berhenti seketika.Rumah papan yang pada mulanya senyap tiba-tiba mula kedengaran buah mulut dari mulut para hadirin.
"Atas sebab itukah Datok mengadakan mesyuarat?"kedengaran satu suara entah dari mulut siapa.
"benar,atas sebab itulah aku mengumpulkan kamu semua.Aku ingin buah fikiran kamu semua."pinta Tok Harun.Semua diam kebuntuan.Banyak persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran mereka yang masih belum terjawab.Mana mungkin manusia boleh membunuh dari jarak yang jauh.Tiba-tiba kedengaran satu suara memberi cadangan.
"sebelum mereka serang kita,kita serang mereka dahulu"Tok Harun tersentak dengan cadangan tersebut.Teringat dengan pesan lelaki tersebut jangan serang secara terbuka.Rumah papan kembali bising.Ada yang tergamam dan ada yang diam.Ada juga suara sumbang yang membantah cadangan tersebut.
"siapa yang memberi cadang itu?"tanya Tok Harun.Aiman serba salah dengan cadangan yang dikeluarkan.Dia cuba tunduk bagi mengelakkan dirinya dituduh walhal dialah yang memberi cadangan tersebut.Mahmud yang melihat gelagat adiknya itu menergahnya.
"aku tahu yang kau yang beri cadangan itukan?"hasut Mahmud cuba untuk menakutkannya.Aiman diam.
"siapa yang memberi cadangan tersebut..."sekali lagi Tok Harun bersuara.
"aku beritahu ni.."sakat Mahmud.
"aku terima cadangannya"sambung Tok Harun dengan riak wajah yang ceria kerana memberi cadangan yang bernas.Semua terkejut sedangkan beliau sendiri memberitahu musuh mampu membunuh dari jarak jauh tapi semua tidak berani membantah.Lebih-lebih lagi Mahmud.Dia melihat adiknya yang cuba bergerak memberi tindak balas atas penghormatan yang diberikan oleh Tok harun.Tidak kena mengena Mahmud menonjolkan dirinya di hadapan Tok Harun.
“maaf kerana lambat mengaku.Sebenarnya hamba takut jikalau tok tidak menerimanya”tipu Mahmud.Tok Harun tersenyum lantas bersuara"aku lantik engkau untuk mengetuai satu angkatan untuk membunuh mereka"
      Semua setuju dengan pelantikan Mahmud sebagai ketua.Tidak terlepas juga Aiman.Dia akur dengan pelantikan mahmud sebagai ketua walaupun itu hasil buah fikirannya.Baginya ada yang lebih penting daripada mencari penghormatan.Dia menarik nafas lalu menuju ke arah abangnya yang sedang dikerumi orang.
      Disudut yang lain,Tok Harun dan Pak Mail pembantu beliau sedang berbual-bual.bagaikan ada sesuatu yang dibincangkan.
“Tok,kenapa Tok setuju dengan cadangan itu.Bukankah mereka mampu membunuh walau dari jarak yang jauh?”
“Ini sahaja ikhtiar kita yang terakhir untuk bangsa malahan agama.”
“bagaimana kita hendak melakukannya?Kalau hendak diikutkan mantik hamba,rasanya mustahil”
“sebelum nyawa lelaki itu ditarik,dia ada berpesan supaya jangan serang secara terbuka...”
“maksud tuan...”
“ya,kita ada cara untuk mengalahkan mereka”
       Pak Mail tersenyum puas dengan keterangan yang diberikan oleh Tok Harun.Memang layaklah Tok Harun menjadi penghulu kampung.Sikapnya yang bertanggungjawab lagi bijak amat disenangi oleh penduduk kampung.
      Bersambung....
                                                                                                         Hasil nukilan Luqman Ibn Muhammad Juffri

Sahabat Sejati...


Di suatu petang, terduduk iman di halaman rumah memerhatikan kucingnya yang sedang bermain bebola benang bersama kucing jirannya di bawah pokok rambutan di hadapan rumahnya,..tetiba mengalir air matanya apabila mengenangkan peristiwa pagi tadi,.masih terngiang-ngiang sindiran cikgu hakim terhadapnya,..

 "saya tau awk kan yang ambil kotak pensel tu,owg miskin macam awk nih mne ade duit nk beli kotak pensel itu," sindir cikgu hakim.."Mane ade cikgu..saye beli gne duit sye sendiri lah,.."kata nya.. dari jauh ,dapat dye lihat riak wajah puas halim. Hatinya terluka dengan penghinaan yg di ajukan kepade nya.Tambahan pula sahabat baik nya,halim, juga sanggup menfitnah nya,., dye menghempas kotak pensel itu sehingga terpatah dua, tergamam cikgu hakim yang melihat kejadian itu. Belum sempat iman keluar dari kelas itu , tiba-tiba dye dapat merasakan keperitan di rotan di tangan kanan nya,..mengalir butir-butir mutiara dari matanya mengenangkan betapa susah nya dye bekerja keras untuk membeli kotak pensel itu,.

  " Iman,...oh iman.." tersentak iman apabila ibunya memanggil nya,..dengan perlahan dye menyahut panggilan ibunya tadi,.."ye ibu!" "Owh disini kamu rupenye,..knape nih,.macam sedih je ibu tgok kamu hari ni,.." tanya Mak Jah kepada anak tunggal nya itu,.." tak de pape lar bu,..erm.kenape nih ibu?"katanya lembut,." erm,.x tdi Mak Piah nak suruh ibu buat kan tikar mengkuang, jadi nanti dye nk bgi upah kat ibu,jadi ibu nak lah mintak tolong Man ambilkan daun mengkuang tu kat tepi paya hujung kampung tu.." "boleh, boleh mak..tapi boleh tak klau Man nak beli kotak pensel dengan duit upah tu nanti? sebab man x de kotak pensel lar, x lame lagi nk PMR dah,.." " erm,untuk anak ibu yang sorang nih,tak pe lah, ambil lah klau tak nnti susah plak nak pekse,.." kata ibunya sambil menglemparkan senyuman yang menenangkan sedikitt hati nya yang terluka tadi,.." ok lah bu, iman nak masuk bilik ni , nak berehat ti petang ti iman nak gi ambil daun mengkuang pulak,.." katanya lalu mencium dahi ibunya,. Sejuk hati ibunya melihat sikap anaknya yang sangat baik sikapnya,..

   Petang itu, Iman pergi ke hujung kampung untuk mengambil daun mengkuang yang diminta ibu nya tadi,..hanya Allah yang tahu betapa senangnya hatinya ketika itu,..sambil menyanyi dye mengambil daun -daun itu dan dikumpulkan di satu tempat,..tiba-tiba,...

"ARGH..ARGH..TOLONG SAKIT..IBU...IBU....TOLONG MAN..." jeritnya sekuat hati,rupa-rupanya Iman telah di patuk ular tedung ..selamatlah ade seorang pekebun indonesia,Pak Jonny yang melihat kejadian itu datang menghulurkan bantuan ,. Pak Jonny merupakan jirannya dulu ..Dengan segera Pak Jonny memukul ular itu sehingga mati,..Iman didukung sehingga sampai di rumah nya,..

   Setibanya di rumah,"Jah, ...Jah,..anak mu di patuk ular ni,...buka pintunya cepatan,..Jah..Jah." jeritnya. Apabila pintu rumah Iman di buka," YA ALLAH,..Iman nape nih,..YA ALLAH, Pak Jonny kenapa dgan anak sye nih,..Ya ALLAH iman bangun man,..."katanya sambil menangis.."Dia di patuk ular , Jah,.Mari aq anta kan ke rumah sakit ya, kamu ikut aq ya,.." ujar Pak Jonny, "Baiklah,.." belum sempat Mak Jah melangkah tangan nya di pengang lemah oleh Iman,,."Ibu,..tolong iman bu,..sakit bu.. sakit sangat nih... bu,....bu " ye nak ibu kat cni,.. sabar nak sabar,.." " ibu ti kalau Man dah x de...ergh... ibu jge diri baek2... ye,.. ibu ... nnti bgikan ....surat yg di atas meja tu.. pade halim ye,.." ujar nya lemah.. "mengucap nak mengucap.." "ashadual la illah haillah..wa ashadu an namuhamadarrasulullah..." itu lah ucapan terakhir yang di ungkapkan oleh insan soleh yang bernama iman,,."imannnnnnnnnnnnnnnnn.........."..
      
          *************************************************************************************

    Keesokan hari nya,..halim berasa sangt bersalah dengan ape yang dia lakukan pada kawan nya itu,..rase bersalah nya semakin menjadi-jadi apabila iman tidak hadir ke klas tmbahan  pgi tu..slpas blek dri klas dye tros mnuju ke rumah Iman,..

    Setibanya di perkarangan rumah iman dia berasa hairan kerana terdapat bnyak selipar di hadapan rumah usang itu,.. hatinya tidak tenang melihat keadaan di situ,..di gagahkan juga hati nya untuk naik ke rumah usang itu,.. Terkejut halim melihat sekujur tubuh yang terbaring di situ,..di kuatkan lagi langkah nya untuk melihat siapa kan gerangan tubuh yang sudah di kafankan itu,.mengalir butir-butir mutiara jernih dari mata seorang rakan melihat Iman sudah tidak bernyawa lagi,..Di lihatnya sekeliling seperti mencari-cari rakan nya itu,seakan-akan tidak percaya ape yg di lihatnya ., . "man,..man,. bgun man...aq bnyak wat salah ngan ko,.bngun man,..mannnn..." tiba-tiba, halim terasa bahunya di sentuh , lantas dye memalingkan wajahnya ,.dilihatnya seorang wanita tue yg menghulurkan surat kepadanya,..wajah sayu Mak Jah membuatkan halim menjadi semakin sayu.. apabila telah selesai sume upcre pekebumian itu halim pon blik ke rumah dengan prasaan menyesal,.." aq x spatutnye tuduh dye mcm tu,..isk..isk.." tangis nya seorang diri...lalu di buka surat yg di krimkan ...

Kehadapan sahabat ku Halim,

sudah tiga tahun rasenye kita bersahabat, rse mcm asyik terknang peristiwa kite study sme2, gi mncing kat ujung kampung tu sme2,rse windu nk wat bnde tu sume ngan ko,..pasal kotak pensel tuh,.mungkin salah aq krana ckp kotak pensel ko tu buruk,.aq just graw jer mase tuh,..aq x taw ko terase,.maafkan aq taw...
tapi bile ko fitnah aq ko cakp kat cikgu yg aq curi kotak pensel ko,..aku rase sdey sngat mse tu,..aq x cye ko wat aq mcm tuh,.tapi x pew aq dah maafkan dah ko,..tapi akhir2 nih,..aq slalu rase mcm aq x kn jmpe ko lgi,..aq arp x de pape ar yg jdi but,aq nk ko taw yg aq anggap ko dah mcm abg aq dah..ko pandai n slalu ajar aq math, thanks bnyak2...aq harap ko sudi kwan ngan aq blik,..aq tringin nk gi mancing ngan ko lg,..sorry k..akhir kate simpan gmbar kte ni slamanye k..aq akn friend 4 ever ngan ko...
assalamualikm,..
     


 yang ikhlas,
MOHD IMAN HAKIMI

mengalir air mata halim membaca surat itu,..selepas sebulan, di kelas halim menjadi semakin pendiam dan asyik termenung..tiba-tiba,..
"asalamulaikm..hari ini sya akan knalkan kamu dngan kawan baru,..namenya Mohd Aiman Hakim..erm, halim boleh dye duduk d`sblah kamu?" terkedu halim melihat budak baru itu,rupanye, tingginya, senyuman nya dan namenye hampir same dgn sahabat lamanya Iman,."halim,?? awak ok x?" tanya gurunya."ok cikgu,..bleh cikgu,."ujar nya pantas,..halim berasa sangat bersyukur krana Allah tlah mmberi shbat yg baru dan mirip dngan Iman..akhirnya mreka menjadi sahabat rapat,.. iman pernah begitaw halim..

"kadang2 allah datangkan kita hujan,
then dye dtgkan kite petir dan kilat,
kita mencari2 dimane ilangnya matahari ,
rupa2nya dye hadiahkan kte sebuah pelangi yg indah"

setiap yang dilaluinya itu menjadi kenangan yang tidak akan dye lupe slamanya,..

Wednesday, December 8, 2010

Cerpen Mak...

'Aish,orang tua tu buat apa kat dapur lama sangat..bertelur ke apa?aku tak rasa kauk nasi susah..aish,MAAKKKK!' 'MAAAAAKKK!'jerit Aiman.'Yaa,sabar ya nak mak kauk susah,tangan mak kan tak ada.susah mak nak buat kerja'ujar ibunya,Mak Jah dengan penuh kelembutan.'Alaaa.kisah apa,kalau tak ada tangan gunalah kaki.tulah Allah bagi otak nak berfikir bukan letak kat bontot!' 'Maafkan mak ya Man.Mak tak boleh nak jaga hidup Man macam mak orang lain buat' Mak Jah bercakap sambil menangis 'Dahlah,takyah nangis!' 'Kalau aku tahu hidup susah macam ni baik aku ikut ayah pergi Kuala Lumpur' kata Aiman lalu masuk kebiliknya dan menghempas pintu biliknya dengan kuat.

Pada hari ini,Aiman cuti dari bersekolah kerana dia berasa kurang sihat.Mak Jah berhasrat untuk bercuti hari ini untuk menjaga anak emasnya itu,tapi memandangkan dia lah punca pendapatan bagi keluarganya itu,dia mematikan hasratnya itu dan beransur mencari rezeki.Sebelum dia pergi sempat lagi dia mencium dahi Aiman yang sedang tidur di atas tilam lamanya itu.Sayu hatinya melihat anaknya membesar tanpa kelengkapan yang cukup.Setelah itu,dia keluar dari rumah dengan menolak sebuah troli yang lama menggunakan sikunya.Mak Jah mencari rezeki dengan mengutip tin,surat khabar dan plastik.Aiman mencelikkan matanya apabila dia menyedari yang ibunya sudah keluar dari rumah. Dia mengesat kesan ciuman ibunya itu.'jijik!'katanya.Apabila dia keluar dari biliknya dia ternampak beg yang ibunya selalu bawa.Beg itu diisi dengan bekal dan minuman ibunya.Risau ibunya keletihan dia segera mengunci pintu rumahnya dan pergi bergegas mencari ibunya.*ngret ngret*bunyi troli Mak Jah.Mak Jah berpuas hati dengan apa yang diperolehnya. Walaupun baru sebentar dia keluar mencari rezeki tetapi sudah bertimbun tin dan plastik kosong yang dijumpainya,setelah tin dan plastik kosong itu diserahkan kepada pengusaha dia menerima wang sejumlah RM 20.40. Dia bersyukur kepada Allah,dengan ini dapatlah dia menghidangkan makanan kegemaran anaknya,Kangkung goreng belacan,ayam goreng dan asam pedas.Terasa tekak nya kering,dia mencari cari mana bekal airnya.Barulah dia perasan bahawa dia tertinggal begnya itu dirumah.'Hmm,astaghfirullahalazim.pelupa sungguh aku ni,elok aku beli dulu barang makanan yang nak dimasak untuk Aiman,mesti dia suka lauk yang aku buat nanti'ngomelnya sendiri sambil tersenyum.'ni dia barangnya makcik,nak saya tolong?'kata penjual sayur itu.'ah,takpe takpe.letak saja dalam troli tu.boleh kawal guna siku'jawab Mak Jah sambil tersengih.'mana pulak mak aku ni?!aish,baik aku balik rumah buat pening kepala je!'kemudian dia ternampak ibunya yang sedang menolak troli diseberang jalan.'Ha,itu mak aku!' sewaktu dia ingin melintas lampu sudah bertukar hijau.dia terpaksa menunggu tetapi dia melihat ibunya sedang melintas.mungkin ibunya tidak perasan.Tiba tiba dia ternampak sebuah kereta yang dibawa laju menuju kearah ibunya'POOOON POOON POOOOON POOOM!' troli ibunya itu terbalik,kepala ibunya berlumuran darah.'MAAAAAAAAAKKKKK!!!' jeritnya.'Mak,bangun mak.mak!' 'Aiman,anak mak, mak beli kangkung dengan ayam kegemaran Aiman' ujar ibunya dengan nada perlahan 'ya,makk nanti kita makan sama sama' 'Ni bahannya,mak tak dapat masak untuk kamu' 'Makk,jangan cakap macam tu mak' 'Aiman,maafkan mak sebab tak dapat jaga kamu dengan baik mak selalu buat kamu marah' 'tak mak Aiman yang patut minta maaf' 'mak sentisa maafkan kamu,nak' 'lailahaillah muhammadurasulullah''MAK? MAK? MAAK,bangun mak! mak! bangun mak cium balik kepala man mak,Mak! MAAKK!!kemudian aiman dapat tahu bahawa ayahnya dah lama meninggal,ayahnya pinjam duit dari along dan makin lama hutang dia makin banyak,disebabkan ayah dia tertekan ayah dia bunuh diri,semua hutang tu mak dia kena bayar,sebab tu dia miskin,oleh sebab mak dia tak mampu nak bayar along along tu semua potong tangan mak dia dan cucuk mata mak dia yang menyebabkan mak dia buta.waktu tu aiman kecik lagi,dia tak tahu apa apa.Dan akhirnya aiman berubah kejalan Allah,semenjak mak dia meninggal dunia,Aiman ditempatkan dirumah anak yatim piatu.Disana dia belajar lebih mendalam ilmu agama dan akhirnya dia berjaya menjadi seorang ustaz.

~Nukilan Seorang Hamba Allah:- Aisyah Shahirah (cousin)~

Jika Aq Jatuh Hati...

ya Allah,
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorangyang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu...

ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta palsu...

ya Rabbana,
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling drpa hatiMu...

ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorangyang merindui syahid di jalanMu....

ya Allah,
jika aku menikmati cinta hambaMu
jagalah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

ya Allah,
jika aku jatuh hati pada hambaMu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalanMu...

ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui hamba Mu
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu......

~Nukilan Seorang Hamba Allah:- Aisyah Shahirah (cousin)~

X-REK 2010 Terbaik...



bismillahirrahmanirrahim....
  pd 30 nov...aq telah menyertai sebuah program....xpedisi remaja kental (X-Rek)....http://xrek2010.blogspot.com/.....dr prog tuh,byk yg dpt aq pelajari.....dpt ramai kawan....dr seluruh negeri...hahaha.....telah diadakan Brinley Camp Training,Port Dickson.....fuah...mmg best..... 




  hr pertama,kami di ajarkn bagaimana utk survive di waktu2 yg cemas....macam rumah terbakar atau lain....cam plkn gak r...hahaha....lps itu,negeri aq,negeri selangor....ditugaskan tok memasak...makan sendri kot...masak sendiri...depa x support....hahaha....group aq pecah tugas msg2....banat msk nasi....banin mask lauk...hahah...kitorang siap awal....banat..hahaha...pe diorang cakap.."keep warming jap"...hahahha...ni yg kejap nieh....dr kol 6...hingga maghrib...hahah...last2...kene sound ngan abg long kat surau...buat malu negeri selangor...hahaaha.....


  
  hari ke-2...msk lg...kali ni bnt da mask awal...hahaha...laert bai...hahah..cam biase...hindangan kami...hahaha.....lauk sardin....hahhaha....ltk telor sket....mmg best r...ade plk bdk tuh...p tango lame gile....x buat keje...ahahaha...plg kesian imran nordin r...kene kutuk...hahahha....faiz r...die kate...die kehausan nak kutuk org....waktu camni la mse tok kutuk org...hahah...faiz2.......lps tuh.....ade aktiviti abseiling...terbaik bai...tp slack x sume dpt buat....smbil tunggu giliran.....sume group ade diberi tugas untuk persembahan pd mlm hr...hahaah.....group aq kene buat dikir barat...pergh...ponek...x de org yg dr kelantan...terpakse la panggil rasyid ( dewe )...hahahha....terbaik...good supporter...dpt gak kitorang buat...hahhaa...lps abseiling...kito kene buat rakit sendiri..rakit laut....kene tampung 25 org....fuhhh....mule2 x cye leh buat...tp hasilnye....pergh...gmpk seyh...group aq dpt no 3....kire ok r...hahahaa.....dan pade waktu mlm....argh,kamera aq abes bateri.....kak syeda nye psl...hahaha...tangkap gamba kasut die je...








terbaek gak r persembahan.....ade group yg buat lawak...overall....sume ok la....ngan fesii yg lawak gile...pling best abg long melaka...hahahaha....very appriciate his motivation....hahaha...cannot forget his face maa...hahahah.....hari akhir....huhhh...suda....ade explorace....hahaha...boleh gak r...x dpt amek gamba....huhuhu......................................................................................................................................................................................


smpai sini lu...nnt aq upload lg...haha...mslh teknikal
                                                                                                                                            ~salam~