Thursday, December 9, 2010

Antara keris dan senapang

       PERHATIAN
CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA.TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG SUDAH TIADA
 Penduduk Kampung Langkasuka digemparkan dengan kehadiran seorang lelaki dalam lingkungan 40-an yang agak dhaif lagi menyedihkan,penuh dengan darah.Beberapa pemuda datang memapahnya dengan penuh cermat,dikhuatiri memarahkan lagi luka yang sedia ada.
“apakah yang terjadi?”Tanya Aiman, salah seorang daripada pemuda tersebut.
“ba..bawa aku berjumpa dengan penghulu kamu “kata lelaki tersebut tanpa menghiraukan pertanyaan Aiman.Daripada cara percakapannya jelas menunjukkan yang sukar baginya untuk mengeluarkan ayat tetapi tetap dipaksa.
“tapi...”
“kau sudah dengar bukan?ikut saja apa yang dikatakan!”tengking Mahmud sebelum sempat Aiman menghabiskan ayatnya.Mahmud adalah abang kepada Aiman.Mereka tidak tumpah bagai ‘anjing dengan kucing’ mungkin disebabkan sikap dua beradik yang sentiasa tidak bersefahaman antara satu sama lain.
“apa yang sudah berlaku di sini”kedengaran satu suara dari celah orang ramai.Dengan serentak dua beradik tersebut menoleh kearah suara tersebut.Kelihatan seorang lelaki yang memang mereka kenali sebagai Tok Harun,seorang penghulu di kampung langkasuka.Beliau agak tegas orangnya tapi  berwibawa.Semua patuh dan hormat kepadanya kerana kewibawaan dan sikapnya yang adil.
“tok,ada seseorang ingin berjumpa dengan datok”cepat sahaja Mahmud menonjol sebelum sempat yang lain berbuat apa-apa. Tok Harun berjalan melepasi Mahmud lalu berdiri di hadapan lelaki tersebut yang sedang dipapah oleh Aiman dan zakaria ,salah seorang pemuda yang menolong.
“baringkan dia”arah Tok Harun lalu menyambung kata-kata”apa tujuan tuan hamba ingin berjumpa dengan hamba?”
“ha...hamba ingin membawa berita”lelaki tersebut berhenti seketika untuk menahan kesakitan lalu disambung”kam..pung kami telah diserang oleh orang yang ka..mi sendiri tidak kenal.Mereka memaksa kami un...untuk murtad dari agama yang di..bawa oleh nabi Muhammad...Mereka sangat hebat hingga...kan mam...pu membunuh da..dari jarak yang jauh”
”sudahlah ,berehatlah dahulu nanti kita akan sambung  setelah kamu sembuh”pinta Tok Harun.Tiba-tiba baju melayu yang dikenakan ditarik oleh lelaki tersebut dekat kepadanya bagaikan ada yang ingin dikatakan.      
“barang..kali mereka sedang me..nuju ke arah kampung ini..Ingat.. jangan serang mereka secara terbuka ker..na ramai pejuan...g kami terbunuh....Allah”akhirnya lelaki tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat pada waktu azan maghrib berkumandang.Sayu hati Tok harun dan penduduk kampung melihat sebujur jasad terkaku tepat pada waktu senja yang menjelang tiba.”Innalillah”hati mereka mengucapkan.Tiada apa yang mampu dilakukan untuk menghalang ketentuan illahi.Hanya Al-fatihah sebagai sedekah.
      Setelah selamat lelaki itu disemadikan,Tok Harun bersama-sama beberapa penduduk kampung bermesyuarat di rumah Tok Harun.Dua beradik tersebut juga turut serta dalam mesyuarat itu.
"Alhamdulillah,selamat juga lelaki tersebut disemadikan..."ada nada sayu kedengaran."tapi itu bukanlah yang ingin aku beritahukan.Sebelum kematian lelaki itu,beliau ada memberitahu aku yang...."Tok Harun menarik nafas sedalam-dalamnya.Beliau cuba mentabahkan diri untuk mengkhabarkan berita tersebut.
"saya tahu apa yang Tok nak beritahukan..."belum sempat Mahmud menghabiskan ayatnya,perutnya sudah dipulas oleh Aiman yang ternyata lebih matang daripada abangnya sendiri.
"Jangan menyampuk cakap orang tua"tegur Aiman.Tidak kena mengena kepala Aiman dipukul oleh Mahmud.Beberapa orang datang meleraikan pergaduhan.Aiman mula berasa bersalah kerana mengganggu mesyuarat tersebut.Dalam hatinya bertanya mengapalah aku ni bodoh sangat,dah tahu 'padah kacau anak gajah'lagi nak buat.Tapi mungkin tidak bagi Mahmud yang kelihatan masih tidak puas hati.
       Tetapi tidaklah seperti yang disangkakan kerana semua hadirin yang datang tergeli hati melihat dua beradik itu.Mereka sudah masak dengan mereka yang seperti anjing dengan kucing.Tetapi tidak bagi Tok Harun.Ada perkara yang lebih mustahak yang perlu disampaikan daripada melayan kerenah mereka.Mukanya serius.
"kita ada ancaman terbesar....teramat besar.Dikhabarkan terdapat satu angkatan yang ingin memusnahkan agama yang suci ini.Katanya amat hebat sekali hinggakan mampu membunuh dari jarak yang jauh dan kemungkin mereka sedang menuju kesini"Tok Harun berhenti seketika.Rumah papan yang pada mulanya senyap tiba-tiba mula kedengaran buah mulut dari mulut para hadirin.
"Atas sebab itukah Datok mengadakan mesyuarat?"kedengaran satu suara entah dari mulut siapa.
"benar,atas sebab itulah aku mengumpulkan kamu semua.Aku ingin buah fikiran kamu semua."pinta Tok Harun.Semua diam kebuntuan.Banyak persoalan yang berlegar-legar dalam fikiran mereka yang masih belum terjawab.Mana mungkin manusia boleh membunuh dari jarak yang jauh.Tiba-tiba kedengaran satu suara memberi cadangan.
"sebelum mereka serang kita,kita serang mereka dahulu"Tok Harun tersentak dengan cadangan tersebut.Teringat dengan pesan lelaki tersebut jangan serang secara terbuka.Rumah papan kembali bising.Ada yang tergamam dan ada yang diam.Ada juga suara sumbang yang membantah cadangan tersebut.
"siapa yang memberi cadang itu?"tanya Tok Harun.Aiman serba salah dengan cadangan yang dikeluarkan.Dia cuba tunduk bagi mengelakkan dirinya dituduh walhal dialah yang memberi cadangan tersebut.Mahmud yang melihat gelagat adiknya itu menergahnya.
"aku tahu yang kau yang beri cadangan itukan?"hasut Mahmud cuba untuk menakutkannya.Aiman diam.
"siapa yang memberi cadangan tersebut..."sekali lagi Tok Harun bersuara.
"aku beritahu ni.."sakat Mahmud.
"aku terima cadangannya"sambung Tok Harun dengan riak wajah yang ceria kerana memberi cadangan yang bernas.Semua terkejut sedangkan beliau sendiri memberitahu musuh mampu membunuh dari jarak jauh tapi semua tidak berani membantah.Lebih-lebih lagi Mahmud.Dia melihat adiknya yang cuba bergerak memberi tindak balas atas penghormatan yang diberikan oleh Tok harun.Tidak kena mengena Mahmud menonjolkan dirinya di hadapan Tok Harun.
“maaf kerana lambat mengaku.Sebenarnya hamba takut jikalau tok tidak menerimanya”tipu Mahmud.Tok Harun tersenyum lantas bersuara"aku lantik engkau untuk mengetuai satu angkatan untuk membunuh mereka"
      Semua setuju dengan pelantikan Mahmud sebagai ketua.Tidak terlepas juga Aiman.Dia akur dengan pelantikan mahmud sebagai ketua walaupun itu hasil buah fikirannya.Baginya ada yang lebih penting daripada mencari penghormatan.Dia menarik nafas lalu menuju ke arah abangnya yang sedang dikerumi orang.
      Disudut yang lain,Tok Harun dan Pak Mail pembantu beliau sedang berbual-bual.bagaikan ada sesuatu yang dibincangkan.
“Tok,kenapa Tok setuju dengan cadangan itu.Bukankah mereka mampu membunuh walau dari jarak yang jauh?”
“Ini sahaja ikhtiar kita yang terakhir untuk bangsa malahan agama.”
“bagaimana kita hendak melakukannya?Kalau hendak diikutkan mantik hamba,rasanya mustahil”
“sebelum nyawa lelaki itu ditarik,dia ada berpesan supaya jangan serang secara terbuka...”
“maksud tuan...”
“ya,kita ada cara untuk mengalahkan mereka”
       Pak Mail tersenyum puas dengan keterangan yang diberikan oleh Tok Harun.Memang layaklah Tok Harun menjadi penghulu kampung.Sikapnya yang bertanggungjawab lagi bijak amat disenangi oleh penduduk kampung.
      Bersambung....
                                                                                                         Hasil nukilan Luqman Ibn Muhammad Juffri

No comments:

Post a Comment