Wednesday, December 8, 2010

Cerpen Mak...

'Aish,orang tua tu buat apa kat dapur lama sangat..bertelur ke apa?aku tak rasa kauk nasi susah..aish,MAAKKKK!' 'MAAAAAKKK!'jerit Aiman.'Yaa,sabar ya nak mak kauk susah,tangan mak kan tak ada.susah mak nak buat kerja'ujar ibunya,Mak Jah dengan penuh kelembutan.'Alaaa.kisah apa,kalau tak ada tangan gunalah kaki.tulah Allah bagi otak nak berfikir bukan letak kat bontot!' 'Maafkan mak ya Man.Mak tak boleh nak jaga hidup Man macam mak orang lain buat' Mak Jah bercakap sambil menangis 'Dahlah,takyah nangis!' 'Kalau aku tahu hidup susah macam ni baik aku ikut ayah pergi Kuala Lumpur' kata Aiman lalu masuk kebiliknya dan menghempas pintu biliknya dengan kuat.

Pada hari ini,Aiman cuti dari bersekolah kerana dia berasa kurang sihat.Mak Jah berhasrat untuk bercuti hari ini untuk menjaga anak emasnya itu,tapi memandangkan dia lah punca pendapatan bagi keluarganya itu,dia mematikan hasratnya itu dan beransur mencari rezeki.Sebelum dia pergi sempat lagi dia mencium dahi Aiman yang sedang tidur di atas tilam lamanya itu.Sayu hatinya melihat anaknya membesar tanpa kelengkapan yang cukup.Setelah itu,dia keluar dari rumah dengan menolak sebuah troli yang lama menggunakan sikunya.Mak Jah mencari rezeki dengan mengutip tin,surat khabar dan plastik.Aiman mencelikkan matanya apabila dia menyedari yang ibunya sudah keluar dari rumah. Dia mengesat kesan ciuman ibunya itu.'jijik!'katanya.Apabila dia keluar dari biliknya dia ternampak beg yang ibunya selalu bawa.Beg itu diisi dengan bekal dan minuman ibunya.Risau ibunya keletihan dia segera mengunci pintu rumahnya dan pergi bergegas mencari ibunya.*ngret ngret*bunyi troli Mak Jah.Mak Jah berpuas hati dengan apa yang diperolehnya. Walaupun baru sebentar dia keluar mencari rezeki tetapi sudah bertimbun tin dan plastik kosong yang dijumpainya,setelah tin dan plastik kosong itu diserahkan kepada pengusaha dia menerima wang sejumlah RM 20.40. Dia bersyukur kepada Allah,dengan ini dapatlah dia menghidangkan makanan kegemaran anaknya,Kangkung goreng belacan,ayam goreng dan asam pedas.Terasa tekak nya kering,dia mencari cari mana bekal airnya.Barulah dia perasan bahawa dia tertinggal begnya itu dirumah.'Hmm,astaghfirullahalazim.pelupa sungguh aku ni,elok aku beli dulu barang makanan yang nak dimasak untuk Aiman,mesti dia suka lauk yang aku buat nanti'ngomelnya sendiri sambil tersenyum.'ni dia barangnya makcik,nak saya tolong?'kata penjual sayur itu.'ah,takpe takpe.letak saja dalam troli tu.boleh kawal guna siku'jawab Mak Jah sambil tersengih.'mana pulak mak aku ni?!aish,baik aku balik rumah buat pening kepala je!'kemudian dia ternampak ibunya yang sedang menolak troli diseberang jalan.'Ha,itu mak aku!' sewaktu dia ingin melintas lampu sudah bertukar hijau.dia terpaksa menunggu tetapi dia melihat ibunya sedang melintas.mungkin ibunya tidak perasan.Tiba tiba dia ternampak sebuah kereta yang dibawa laju menuju kearah ibunya'POOOON POOON POOOOON POOOM!' troli ibunya itu terbalik,kepala ibunya berlumuran darah.'MAAAAAAAAAKKKKK!!!' jeritnya.'Mak,bangun mak.mak!' 'Aiman,anak mak, mak beli kangkung dengan ayam kegemaran Aiman' ujar ibunya dengan nada perlahan 'ya,makk nanti kita makan sama sama' 'Ni bahannya,mak tak dapat masak untuk kamu' 'Makk,jangan cakap macam tu mak' 'Aiman,maafkan mak sebab tak dapat jaga kamu dengan baik mak selalu buat kamu marah' 'tak mak Aiman yang patut minta maaf' 'mak sentisa maafkan kamu,nak' 'lailahaillah muhammadurasulullah''MAK? MAK? MAAK,bangun mak! mak! bangun mak cium balik kepala man mak,Mak! MAAKK!!kemudian aiman dapat tahu bahawa ayahnya dah lama meninggal,ayahnya pinjam duit dari along dan makin lama hutang dia makin banyak,disebabkan ayah dia tertekan ayah dia bunuh diri,semua hutang tu mak dia kena bayar,sebab tu dia miskin,oleh sebab mak dia tak mampu nak bayar along along tu semua potong tangan mak dia dan cucuk mata mak dia yang menyebabkan mak dia buta.waktu tu aiman kecik lagi,dia tak tahu apa apa.Dan akhirnya aiman berubah kejalan Allah,semenjak mak dia meninggal dunia,Aiman ditempatkan dirumah anak yatim piatu.Disana dia belajar lebih mendalam ilmu agama dan akhirnya dia berjaya menjadi seorang ustaz.

~Nukilan Seorang Hamba Allah:- Aisyah Shahirah (cousin)~

No comments:

Post a Comment